Tuesday, February 17, 2009

otak lawan senapang

satu isu kemanusiaan sejagat pada hari ini sudah tentu difokuskan kepada isu palestin. bagi penulis ia diibaratkan sebagai holokus kedua di bumi palestin. satu ayat yang mampu untuk mengambarkan israel ialah, KEBIJAKSAAN. samada pembaca setuju atau tidak itulah yang dapat penulis simpulkan dari pembacaan selama ini.

menentang israel dengan emosi boleh diibaratkan menggali kubur kita sendiri. bukan berpendirian untuk takut menentang israel tetapi kenyataan. negara zionis sejak dahulu lagi dikenali antara yang mempunyai strategi perperangan terbaik dunia. kekuatan ketenteraan bukan bermakna negara zionis ini berteraskan material tetapi sebagai negara kecil lapisan pertahanan pertama mereka adalah "pengetahuan". itulah kalimat yang dinyatakan charles Proteus Steinmetz yang merupakan ilmuawan Yahudi kelahiran Jerman lalu menjadi prinsip dasar luar bagi israel sehingga kehari ini. jadi tidak hairanlah bangsa israel dikatakan satu- satunya bangsa yang menggunakan otak mereka 200% berbanding bangsa lain.

Mossad atau HaMosaad leModi'in UleTafkidim Meyuhadim adalah kunci rahsia kekuatan strategi peperangan israel. sebagai sebuah badan perisikan yang sangat licik Mossad telah diiktiraf sebagai salah satu badan perisikan yang terbaik dunia bersama- sama KGB (russia), CIA (amerika syarikat) dan M16 (britain).

sejarah telah tertulis, semasa perang 6hari dengan gabungan tentera Syiria, mesir dan jordan (100 ribu orang) serta sokongan dari kesatuan soviet ketika itu telah dikalahkan dalam tempoh enam hari sahaja pada Jun 1967. pada ketika itu jumlah tentera israel tidak mencecah separuh berbanding tentera gabungan dan teknologi peperangan israel pada ketika itu sangat jauh berbanding tentera lawan yang dibuat oleh kesatuan soviet.

mesir pada masa itu menggunakan pesawat pejuang MiG-21 yang mana pada ketika itu ia merupakan jer pejuang yang tercanggih buatan soviet. manakala israel hanya menggunakan MirageIII buatan perancis yang tujuh tahun ketinggalan. atas kelicikan Mossad, MiG-21 tdak sempat untuk terbang kerana tepat pada pukul 8.07 minit pagi ketika semua juruterbang mesir sibuk bersarapan, MirageIII telah mengebom tempat di mana MiG-21 disimpan. kenyataan ini anda boleh perolehi dari buku "Mossad: Israel's Secret Intelligence Service: Inside Stories (2007) tulisan Dennis Eisenberg.

No comments:

Post a Comment