Thursday, February 12, 2009

AGM Pesepsi

ahli- ahli pesepsi baru sahaja selesai mengadakan AGM mereka. walaupun sebelum AGM berlangsung banyak perkara yang hangat diperkatakan. tapi realiti tidak seperti yang dijangka. walaupun kehadiran lebih ramai berbanding kali ke-6. keadaan tidak begitu hangat dalam dewan disebabkan "bang'kai" tidak mendapat banyak sokongan. walaupun ura- ura wakil politik akan bertanding hangat dengan bang'kai. agak menarik masa pencalonan nama bagi calon bertanding. nama wakil sejarah yang tiba- tiba terkeluar. apa yang mengejutkan calon tersebut bukanlah calon pilihan untuk lawan wakil politik. setelah pencalonan ditutup, timbul cadangan supaya pencalonan dibuka semula. bang'kai dicalonkan dan hakikat colan politik menang besar.

banyak perkara yang dijangka terjadi dalam dewan tidak berlaku. perbahasan mengenai perlembagaan berkaitan perubahan struktur kepimpinan tidak dibahaskan. apa yang pasti keputusan majlis tertinggi Pesepsi banyak dipegang oleh wakil politik. sebenarnya persoalan calon bukanlah satu yang menjadi perhatian penulis, tetapi berkaitan "tikam belakang" pelajar politik dalam pesepsi.

penulis terpanggil untuk mengulas keadaan sebenar. walaupun sukar untuk diterima oleh orang lain selain pelajar politik. persatuan mahasiswa sains politik (PMSP) ditubuhkan dan banyak menerima kritikan. PMSP dikatakan memecah belahkan pelajar Pesepsi. dikatakan PMSP "tikam belakang", membelakangkan Pesepsi. satu bukti yang jelas adalah AGM yang baru selesai majoriti dalam dewan adalah pelajar sains politik. jelas menafikan ia memecah belahkan pesepsi. ini membuktikan keterlibatan pelajar politik adalah yang paling tinggi.

semasa berucapnya penasihat banyak ayat "double meaning" ditujukan kepada PMSP. sebenarnya penubuhan PMSP adalah bukan berniat untuk tikam belakang atau sebagainya. tetapi satu medium untuk lebih fokus kepada soal politik khususnya. semasa perbahasan mengenai penubuhan PMSP tidak ada isu untuk tikam belakang atau memecah belahkan pesepsi. cuma pelajar politik menginginkan satu platfrom untuk lebih bebas bergerak. tidak banyak halangan. banyak idea didalam pesepsi yang tidak boleh dilaksanakan. jadi PMSP adalah satu langkah kearah itu. ini jelas selepas penubuhan banyak aktiviti yang bakal dijalankan.

penulis tidak bersifat "bias" kepada mana- mana pihak. cuma kita perlu melihat kepada kebenaran dan meletakkan satu tingkat dimana kita perlu untuk menerima pandangan orang lain.

No comments:

Post a Comment