Begitulah manusia sentiasa wujud perasaan yang tidak puas hati atas apa yang orang lain perolehi. Mempertikaikan hak yang sudah pasti dimiliki secara sah ditambah dengan partisipasi sesebuah kelompok yang begitu baik. Wajarkah dipertikaikan?
Kenyataan diatas sebagai merujuk kepada penguasaan pelajar politik didalam persepsi. Dengan majority yang hadir semasa AGM melebihi separuh dariapada pelajar sejarah dan hubungan antarabangsa. Jadi tidak wajarkah wujud “penguasaan” secara sah oleh pelajar politik?
Keadaan pada kenyataan pertama tersebut merujuk pertikaian sesetengah pihak terhadap pelajar politik. Apabila AGM selesai diadakan ada beberapa pihak yang mengatakan ada pakatan dikalangan pelajar politik. Seorang ahli luar biasa ini seperti tidak puas hati dengan struktur organisasi persepsi. Ini adalah berdasarkan rasa tanggungjawab pelajar politik sebagai pelajar dalam pesepsi. Jadi AGM adalah satu platform yang ditunjukkan.
Kenapa selesai AGM baru dipertikaikan struktur itu? Perlu AGM sekali lagi? Sebenarnya penulis pun berasa terkilan apabila terdengar berita ini. Satu lagi cerita berkaitan senior hubungan antarabangsa. Suara sinis senior seperti pelajar politik ni gila kuasa. “korang nak mana satu? PMSP ke pesepsi?”. Hahaha macam pelajar senior yang tak tahu berfikirkan?
Walaupn pun saya tidak familiar dengan politik dan idea saya bukanlah satu yang menjadi perhatian dan rujukan. Tapi sekurang- kurangnya konsep politik penulis tahu serba sedikit. Tidak tahukah konsep keabsahan kuasa? demokrasi? Partisipasi? Hemm..jadi? seorang lagi pelajar senior pun bercakap sinis berkaitan dominasi politik. Sedangkan senior tu ada sekali semasa AGM. Kenapa tidak dipertikaikan kepada pengerusi sementara yang dilantik?
Penulis akan cuba mencari alkisah pahat berbunyi ini lagi. Satu penjelasan yang ringkas. PMSP adalah satu platform tetap pelajar politik dan kini tidak sampai 2bulan PMSP telah bergerak aktif. malam semalam baru sahaja selesai “Forum perjalanan Pilihanraya kampus” penulis sempat berada disitu seketika untuk melihat. Apa yang dapat disimpulkan calon aspirasi sememangnya kering air liur menjawab soalan. Petang tadi baru selesai analisis pilihanraya kecil parlimen kuala Terengganu. Panel- panel jemputan sememangnya sarjana berpengalaman dalam politik dan mingu hadapan mungkin analisis berkaitan pilihanraya kecil bukit gantang di Perak. Manakala pesepsi adalah platform untuk pelajar dari program sejarah, politik dan strategi. Jadi perlu dipertikaikan kesahan kepimpinan?
Saturday, February 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment